Cepat, Mudah & Dipercayai!
Terokai Produk Kami
Motorsikal
Kereta
Bercuti
Pelaburan
Simpanan
Kesihatan
Keluarga
Kemalangan Diri
Rumah
SERVIS DAN PERKHIDMATAN
a) Insurans dan Takaful
Kami menyediakan perkhidmatan perlindungan insurans dan takaful meliputi 12 entiti insurans dan takaful yang terbaik untuk diri, keluarga dan juga pekerja, perlindungan untuk semua jenis kenderaan, insuran dan takaful untuk projek pembinaan dan kontraktor seperti Contractor’s All Risk (CAR), Workmen Compensation (WC) dan Public Liability (PL).
b) Khidmat Nasihat Pelaburan dan Kewangan
Kami turut menyediakan khidmat nasihat serta merancang strategi kepada semua ahli untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Skop perkhidmatan merangkumi pelbagai aspek termasuk hibah, pinjaman ASB dan unit amanah.
c) Agen pengembaraan dan pelancongan
Syarikat kami telah menjalin kerjasama dengan beberapa agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertujuan untuk mengembangkan skop perniagaan kami dalam industri pelancongan.
Melalui kerjasama dengan syarikat konglomerat seperti Air Asia, syarikat menawarkan perkhidmatan yang merangkumi:
1. Perkhidmatan pengurusan perjalanan korporat dan kumpulan
2.Penempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa
3.Pengurusan perjalanan Umrah
4.Pakej pelancongan dalam negeri dan antarabangsa
5.Pengurusan perlindungan takaful perjalanan
d) Produk alat perlindungan diri (PPE)
Kami menyediakan perkhidmatan pembelian alat perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap dan berkualiti tinggi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pekerja anda. Dari pelbagai jenis pelindung seperti topi keselamatan, pelitup muka, sarung tangan, kasut keselamatan, hingga pakaian pelindung, kami menawarkan produk yang memenuhi standard keselamatan dan kepatuhan industri.
e) Pembayaran pelbagai bil utiliti, serta cukai pintu dan cukai tanah
Kami menawarkan perkhidmatan pembayaran pelbagai bil utiliti, cukai pintu dan cukai tanah melalui usahasama dengan Pos Malaysia yang mudah dan pantas untuk kemudahan anda. Dengan pelbagai pilihan saluran pembayaran, anda boleh menyelesaikan pembayaran bil di kaunter kami dengan selamat dan pantas.
f) Perkhidmatan Percetakan
Ahli juga boleh membuat tempahan bagi percetakan dan juga dokumen tender termasuklah hardcover, MOU, binding kontrak kerajaan, bunting dan banner serta percetakan T shirt, kad nama, pelekat dan juga perkhidmatan mereka bentuk laman web.
g) FINTECH
Kami turut menyediakan perkhidmatan training dan consultancy serta provision of technology consultant and services (membekal perkhidmatan rundingan teknologi dan perkhidmatan)
h) Perladangan
KoJKRMV sedang berusaha untuk mengembangkan lagi aktiviti perniagaan dengan meneroka bidang perladangan melalui usahasama dengan kerajaan negeri. Ini bertujuan untuk membuka peluang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan KoJKRMV demi membawa manfaat yang lebih besar kepada semua pihak yang terlibat.