Maklumat mengenai KOJKRM Ventures

Latar Belakang KOJKRM Ventures

KoJKRM Ventures Sdn Bhd (KoJKRMV) telah ditubuhkan pada 24 Jun 2024, merupakan sebuah syarikat perniagaan perkongsian yang melibatkan Koperasi JKRMalaysia (KoJKRM) Berhad dan Amcare Pro Venture dengan matlamat untuk berkembang dan menjadi syarikat yang unggul dalam memfokuskan kepadakecemerlangan dan perkhidmatan perniagaan.

 

KoJRKMV terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan, termasuk insurans dantakaful, umrah dan ziarah, pakej pelancongan, perkhidmatan percetakan, trading, training dan servis konsultan serta perladangan. 

 

Melalui penglibatan dalamsektor-sektor ini, syarikat kami terus berusaha untuk memperkasakan ahli koperasi danwarga kerja JKR serta keluarga dan memberikan impak positif kepada semuaahli. Dengan visi untuk menjadi menjadi sebuah syarikat yang berdinamik, berdayasaing dan dapat memberi impak kepada masyarakat, KoJKRMV komited untukmenyediakan pelbagai perkhidmatan yang terbaik kepada Ahli Koperasi danwargakerja JKR Malaysia. 

 

Lokasi pejabat urusan terletak di Aras 3, Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan SultanSalahuddin, 50582 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana ingin memudahkanpengurusan perniagaan seterusnya meningkatkan sasaran pasaran.

Visi & Misi

VISI KOJKRM Ventures

Menjadi sebuah syarikat yang berdinamik, berdaya saing dan dapat memberi impak kepada semua ahli koperasi JKR Malaysia serta keluarga.

MISI KOJKRM Ventures

Beriltizam untuk meningkatkan perkhidmatan, produk dan perniagaan untuk kepentingan ekonomi ahli-ahli serta keluarga selaras dengan prinsip dan nilai-nilai sepertimana yang ditetapkan

Objektif KOJKRM Ventures

01

Memastikan perkhidmatan dan produk berkualiti

02

Memenuhi kehendak dan keperluan ahli dengan perkhidmatan yang cekap dan tepat berkualiti

03

Menjadi kumpulan syarikat yang terbaik dari segi kerjaya dan melaksanakan perniagaan bersama

04

 Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa